Memory Of 2008

|

D'MaDLeY rangkul 5 piala Rentak Juara
Oleh N.A

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak kerajaan dalam mengetengahkan bakat-bakat anak-anak tempatan dalam bidang hiburan seperti nyanyian, lakonan, teater dan sebagainya. Perkara ini didedahkan antara lain bertujuan untuk menonjolkan bakat mereka bagi memeriahkan lagi industri hiburan tanahair. Rentak Juara Kali ke-3 ini adalah salah sebuah pertandingan bagi mengetengahkan kumpulan band tempatan terbaik di Negara ini dan mengasah bakat-bakat muda agar mereka berani tampil untuk meramaikan dan mewarnai lagi industri hiburan tempatan.

Pertandingan ini telah berlangsung di Bangunan Sumbangsih Mulia, Beribi yang mana pada bulan Mac yang lalu pada tahun ini pertandingan Rentak Juara ke-2 telah pun di adakan di tempat yang sama. Pertandingan yang dianjurkan oleh 4Ace Studio dan disokong oleh Cityneon Brunei Sdn. Bhd. ini berlangsung pada Ahad lepas yang telah disaksikan seramai lebih 100 orang penonton. Pertandingan tersebut juga disaksikan oleh ahli keluarga dan para peminat yang datang untuk memberikan sokongan moral kepada para peserta. Pertandingan Rentak Juara mengadakan pemilihan pada hari yang sama di sebelah pagi dan juga petang. Sebanyak enam buah band iaitu; "U.D.T", "Sky Band", "D'MaDLeY", "Heaven Star", "New Generation" dan "Fade in Silent Town" terpilih untuk memasuki pertandingan akhir Rentak Juara. Dari 13 buah band yang menyertai pertandingan tersebut hanya enam buah band sahaja yang telah di pilih ke peringkat akhir pertandingan tersebut yang diadakan pada sebelah malamnya pula.

Keunikan dan persembahan menarik hasil gabungan lagu-lagu timur dan barat dengan pelbagai genre muzik yang ditampilkan oleh band D'MaDLeY telah menarik perhatian ramai dan ini terbukti apabila band tersebut diumumkan menjadi juara dengan memenangi wang tunai BND300 berserta trofi dan juga piala rebutan. Band yang ditubuhkan pada tahun 2004 yang terdiri daripada 5 orang anak muda yang berasal dari Daerah Belait ini juga merangkul sebanyak 5 piala pada malam tersebut apabila band tersebut turut merangkul gelaran Persembahan Terbaik, Pemain Bass Terbaik dan Vokal Terbaik. Manakala naib juara disandang oleh anak-anak muda dari Mentiri yang menamakan band mereka "New Generation". Kumpulan ini memenangi wang tunai BND200 berserta trofi. Manakala pemain gitar utama kumpulan ini yang baru berusia 14 tahun mendapat gelaran pemain gitar terbaik berserta trofi. Mendapat tempat ketiga ialah kumpulan "Heaven Star" yang memenangi wang tunai BND100 berserta trofi. Untuk pemain Drum terbaik disandang oleh pemain drum dari kumpulan "Black Romance".

Pertandingan ini dihakimi oleh Imbran Seruji dari kumpulan Forzart, DJ Zack dari Rangkaian Pelangi 91.4FM, Shahrom Pasang dari Okestra RTB dan Haji Hashim Ketua Okestra RTB. Kesemua pengadil-pengadil tersebut memang arif dan mempunyai banyak pengalaman dalam bidang muzik. Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan telah disampaikan oleh tetamu kehormat pertandingan tersebut. Pertandingan ini adalah yang kedua kalinya diadakan pada tahun ini, yang mana ini menjadikan Pertandingan Rentak Juara adalah pertandingan yang pertama dibuat dua kali dalam setahun, ini disebabkan respons yang positif dari orang ramai mengenai pertandingan ini.

Haji Jailani Haji Othman selaku Pengerusi Pertandingan mengakui bahawa kesulitan dalam mencari penaja dan pihak penganjur serta kekurangan tenaga kerja mungkin akan menyukarkan lagi bagi mereka dan pihak-pihak yang seumpamanya untuk mengadakan lebih kerap lagi pertandingan-pertandingan yang serupa di masa hadapan.

0 comments:

Post a Comment

~d'4TuNe ~

~ E! News Now Video ~